INTERNET, INTRANET DAN EXTRANET

Wednesday 15 October 2014

PERKHIDMATAN INTERNET

1. PERKHIDMATAN CAPAIAN MAKLUMAT

Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)
FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan
mudah diantara dua komputer yang berada dalam
jaringan komputer.

Muat turun
Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang
kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana
Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain
termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video
dan lain-lain.

2. PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT (ENJIN           CARIAN)

Disebut enjin carian atau ‘search engine’. Ia digunakan
untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih
pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :
Yahoo (www.yahoo.com)
 Google (www.google.com)
 Bing (www.bing.com)

3. PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang
boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu :
E-mel
 Laman sosial
 Blog

INTERNET


Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar
di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di
seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan,
swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah
disambungkan ke Internet.

Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap
hari untuk urusan seperti berikut:
1.  Berkomunikasi dalam talian
2.  Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan
     penemuan penyelidikan
3.  Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
4.  Perbankan elektronik
5.  Mengikuti kelas pembelajaran maya
6.  Mengakses sumber seperti permainan dalam talian,
     video, buku dan majalah
7.  Berkongsi maklumat

PERANTI RANGKAIAN

Peranti Rangkaian komputer merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protokol yang sama.

Perkakasan Rangkaian Komputer terdiri daripada :

1. KABEL RANGKAIAN
Kabel RJ45

·   Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
·   Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.


2. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)

· Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
· Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
·  Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
·  Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.



3.  HAB

·       Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
·  Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
·  Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.


4. SUIS (SWITCH)

·     Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
·  Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.


5. MODEM

·     Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
·  Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.


6. PENGHALA (ROUTER)
·  Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.

  Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
·  Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan  penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.


7. TITIK CAPAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS ACCESS 
    POINT)

·      Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
·  Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
·  Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
         Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri              untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu                  disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk                  menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.





Tuesday 14 October 2014

MEDIUM RANGKAIAN

RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

RANGKAIAN BERWAYAR

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar. 
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi
yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.
Rangkaian Kawasan Luas (WAN)


RANGKAIAN TANPA WAYAR

1. Rangkaian wayar dan tanpa wayar


Logo Wi-Fi

Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk
kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang
menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.

Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

1. MUDAH
Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.

2. KOS
Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal. 

Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

Rangkaian Tanpa Wayar


KEBAIKAN RANGKAIAN

1. BERKONGSI FAIL - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

2. BERKONGSI PERANTI – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

3. BERKONGSI AKSES INTERNET - Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.

4. BERKONGSI PERISIAN – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

5. MEL ELEKTRONIK - Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.

6. MEMINDAHKAN FAIL  – Rangkaian boleh memudahkan
pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.

KONSEP RANGKAIAN

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.