1. PERKHIDMATAN CAPAIAN MAKLUMAT
Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)
FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan
mudah diantara dua komputer yang berada dalam
jaringan komputer.
Muat turun
Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang
kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana
Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain
termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video
dan lain-lain.
2. PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT (ENJIN CARIAN)
Disebut enjin carian atau ‘search engine’. Ia digunakan
untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih
pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :
Yahoo (www.yahoo.com)
Google (www.google.com)
Bing (www.bing.com)
3. PERKHIDMATAN KOMUNIKASI
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang
boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu :
E-mel
Laman sosial
Blog
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
INTERNET, INTRANET DAN EXTRANET
Wednesday, 15 October 2014
INTERNET
Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar
di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di
seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan,
swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah
disambungkan ke Internet.
Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap
hari untuk urusan seperti berikut:
1. Berkomunikasi dalam talian
2. Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan
penemuan penyelidikan
3. Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
4. Perbankan elektronik
5. Mengikuti kelas pembelajaran maya
6. Mengakses sumber seperti permainan dalam talian,
video, buku dan majalah
7. Berkongsi maklumat
PERANTI RANGKAIAN
Peranti Rangkaian komputer merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protokol yang sama.
1. KABEL RANGKAIAN
Kabel RJ45
· Digunakan untuk
menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke
rangkaian internet.
· Adalah perkakasan yang digunakan untuk
menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara
berwayar.
2. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)
· Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
· Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
· Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
· Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.
3. HAB
· Peranti
komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di
dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
· Hab
mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan
disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh
menerima data berkenaan.
· Hab adalah sebuah
peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah
rangkaian.
4. SUIS (SWITCH)
· Peranti komunikasi ini
mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi
ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima
dan menghantar data tersebut dengan tepat.
· Suis
merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya.
5. MODEM
· Alat
ini membolehkan komputer menghantar data melalui
talian telefon atau kabel.
· Merupakan
peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.
6. PENGHALA (ROUTER)
· Penghala membawa data
daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
· Peranti
rangkaian komunikasi ini mempercepatkan
penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi
sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.
7. TITIK CAPAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS ACCESS
POINT)
· Alat
ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk
membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
· Alat
ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat
penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah
rangkaian.
· Alat
ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada
peranti-peranti lain.
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri
sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis
atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.
Tuesday, 14 October 2014
MEDIUM RANGKAIAN
RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR
RANGKAIAN BERWAYAR
1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).
Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi
yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.
Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
RANGKAIAN TANPA WAYAR
1. Rangkaian wayar dan tanpa wayar
Logo Wi-Fi
Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk
kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang
menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.
Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
1. MUDAH
Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
2. KOS
Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Rangkaian Tanpa Wayar
KEBAIKAN RANGKAIAN
1. BERKONGSI FAIL - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2. BERKONGSI PERANTI – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
3. BERKONGSI AKSES INTERNET - Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
4. BERKONGSI PERISIAN – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.
5. MEL ELEKTRONIK - Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
6. MEMINDAHKAN FAIL – Rangkaian boleh memudahkan
pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
2. BERKONGSI PERANTI – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
3. BERKONGSI AKSES INTERNET - Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
4. BERKONGSI PERISIAN – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.
5. MEL ELEKTRONIK - Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
6. MEMINDAHKAN FAIL – Rangkaian boleh memudahkan
pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
KONSEP RANGKAIAN
Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
Subscribe to:
Posts (Atom)